followers saya

blog ini saya punya

more stories

Monday, September 26, 2011

kalau dia boleh kenapa tidak kita?

asalamualaikum and hello peeps.
lately prasan x aku suka post something yang heart broken?
hahaha itu tanda saya dalam keadaan yang sangat kritikal dimana dengan kata nama lainnya stress yang maximum!

today i wanna share something.
mungkin ini juga dapat menaikkan semangat korang untuk terus berjuang dalam pelajaran.
the only malay boy bak kata cunie
kepujian kelas pertama :)
ok here i want to congrats you abg long..

bila aku tengok ni,ia membuatkan aku terus terjaga atau kata nama lainnya tersedar.
ya,x ada apa yang mampu menghalang kita untuk berjaya sebenarnya.kan?
x ada duit?x genius macam along?x ada masa?sibuk penuhkan friends kat fesbuk?
semua alasan tu boleh letak tepi yang penting usaha dan dangan izin Allah insyaallah kita pun boleh dapat kepujian kelas pertama.
insyaallah :)

ok now its time to get serious karina.study study study!letak tepi pasal broken heart frust tongeng kau tuh.
x kemana pun kau dengan dia tu karina.
kalau dapat dekan ke,boleh jugak kau belagak dengan cicit kau.
"dulu kan moyang frust tonggeng dengan _____ sebab bla bla bla." <-- macam ewww~ xde class! 
"dulu kan moyang dapat dekan dan graduate dengan kelas pertama.moyang nak belagak sikit dengan korang ni." <-- ni baru cicit kata fulamak bebeh,moyang kita genius.high class!  
baru lah cicit dan generasi akan datang boleh beriak-riak.ok,niat dah salah.Ya Allah~
dengan ini tamat sudah sesi muhasabah diri oleh mira karina.

kat sini aku nak share sikit tips belajar cara aku.x tahu lah korang boleh in tak dengan cara ni :

1.fokus sepenuhnya dalam kelas
kalau boleh letak 1001% minda kau kat lecturer yang tengah mengajar tu.okfine aku tipu.fokus lah sefokus mungkin.macam aku,aku ni jenis kalau fokus kat sesuatu benda tu sampai mati pun aku bawak ilmu tu.fine aku tipu lagi skali.x lah sampai mati tapi lama lah jugak.
2.belajar last minute
kalau anda tanya encik/puan expert memang dorang x sarankan study cara ni.tapi bagi aku cara ni lah paling berkesan.even time tu terpaksa rush kejar semua chapter sampai tension gila dan membuat kan keadaan aku seperti kak limah.for me,ilmu tu masih fresh dalam otak.kalau yang lama tu aku lupa melainkan aku fokus dan suka gila macam dalam kelas BPC.hoho!
3.jangan makan nasi sebelum belajar
elakkan ye anak-anak.mata akan automatik mengantuk dan sedaya upaya setan menyuruh anda mengular sawa kan diri anda di atas katil yang sangat empuk.wahh indah!kalau niat memang nak belajar makan je benda simple macam roti ke buah ke suka hati anda lah.
4.keadaan yang sunyi sepi
aku x suka belajar dalam keadaan bising.kalau keadaan mcm ni aku x boleh fokus.then mula lah aku pun join buat bising.haha.
5.belajar berselang main
maksudnya di sini,korang x perlu lah belajar terus menerus sampai beribu juta bilion jam.lepas aku jawab 1 set past year question aku pergi lah online fesbuk.kekadang tu tengok movie,lepas dah 'THE END' tu aku sambung lah balik.belajar terus pun xboleh,nanti gila <-- ni pesan mira karina tau.
6.menulis
ini yang paling berkesan bagi aku.kalau aku menulis baru aku ingat.yes,im a person who prefer writing than reading.kat wall fesbuk,status twiter and bebelog boleh pulak menulis,xkan nak tulis note pun x reti?ok ni rahsia aku,semua notes yang aku tulis time lecture semua dah hilang.sebab bagi aku kalau menulis time tu pun aku xkan ingat bila nak exam.so aku suka menulis notes time dah nak exam tu,baru fresh kepala otak ni.time dalam bilik kuliah tu hanya untuk mendengar dan paham je.
7.waktu petang khusus untuk main
waktu petang otak aku automatik akan cramp.time ni untuk tidur sahaja atau buat kerja yang dianggap buang masa.aku lebih suka belajar waktu malam dari petang.usually time sore hamba hanya tahu membina tahi mata dan peta minda kat bantal je. ^^v
8.jawab past year
dah agak-agak dua hari lagi nak exam tu x yah lah baca buku.jawab je past year questions.biarlah satu hapak pun korang x baca,jawab je tapi refer buku lah.jangan lah korang bermain mata pulak dengan soalan kalau x boleh jawab.bebeh ni bukannya exam sampai x boleh buka buku. -,-"
9.patner belajar mesti rajin
ini juga penting ye anak-anakku sekalian.pemilihan patner harus tepat seperti membeli seluar jeans.jangan terlalu ketat atau terlalu longgar.kalau ketat susah nak jalan,jadi kengkang.kalau longgar nanti terlucut tengah jalan siapa nak jawab?ehh,segmen jual beli jeans pulak!make sure patner kita tu rajin.tapi jangan terlalu rajin sampai kita pun dia x hirau kan.untung aku dapat roomate yang suka encourage macam ika.bila aku malas,ada yang tanya "kau ni kata nak dekan,bukan nak baca buku."
10.tampal target besar-besar
aku suka tampal poster korea kertas kat dinding.aku tulis lah besar-besar (i tipu jer,i tulis atas stick note je sebab uitm x bagi tampal sebarang benda kat dinding T_T ) apa yang aku nak capai.macam beli mekdi esok.eh bukan bukan!skor A untuk paper sekian sekian~
11.jadual blajar
atur jadual belajar supaya korang x stress sangat.contohnya tuesday belajar biology chapter 6.wednesday pulak chemistry chapter 3.but make sure ada rest jugak.example dari sunday - thursday belajar,friday untuk catch up apa yang korang miss than saturday kalau nak rest suka hati lah.ingat pesan mak,jangan belajar straight sangat nanti sakit otak tahu.
12.belajar dengan cara yang kita suka
kalau kita buat benda yang kita suka sure hati senang je kan?pernah dengar x?belajar dengan cara yang korang suka baru korang lebih ingat benda yang korang belajar tu.kalau suka membaca,so membaca lah.macam aku cakap tadi aku suka menulis so aku menulis.memnag penat but itu je cara aku nak menghafal :) kalau ada yang suka mendengar,suruh lah mana-mana kawan korang yang rajin bercerita.ada ke?a cer try test cuba tanya kawan korang..

ok that all tips yang aku amalkan.frankly speak aku sangat pemalas sebab tu x result selalu memuaskan je.haha,aku effortless person sikit. -,- aku belajar bila rasa macam nak belajar je.jadi saya,Amira Karina Binti Aminuddin akan cuba sedaya upaya untuk jadi rajin sikit supaya dapat dekan dan grad macam abang long :)

okbye.

p/s : saya tahu saya x genius dan x layak sangat post entry macam ni but x salah right nak share plus ni kan blog aku,suka hati i lah nak tulis apa pun.haha.and 4am adalah waktu untuk bermain :)

No comments:

Post a Comment